3:00 pm

Flushing Power Steering (One Man show) - Proton Saga FLX

Cara-cara untuk membuat flushing ini ada banyak, boleh dilihat dalam youtube. Setelah melihat beberapa clip youtube, saya telah menambahbaik step flushing.

Ini cara saya, baca sampai habis supaya tidak wujud masalah baru plak nanti. Harap membantu.

1. Beli Minyak Power Steering yang bersesuaian dengan kereta anda. Minyak yang saya gunakan berharga sebotol RM9.80 sahaja di Shopee.

2. Mengikut langkah-langkah dalam clip youtube ini. https://www.youtube.com/watch?v=-ERONnKqYW8

3. Langkah tambahbaik saya lakukan ialah tidak memasang hose tambahan dan tidak menghala hose(low pressure) dari pump power steering ke bawah. Seperti dalam gambar.


 
4. Di reservoir/tangki power steering tu saya hanya tutup guna plastik dan ikat guna rubber band.

5. Hose(low pressure) dari pump power steering dihalakan ke botol yang disediakan.

6. Pastikan minyak di reservoir/tangki power steering di isi penuh sebelum start enjin kereta.

7. Perkara penting adalah mengelakkan udara masuk ke dalam pump. Oleh itu, untuk start kereta tidak perlu duduk didalam kereta. Sila sambil berdiri diluar kereta dan tengok  reservoir/tangki power steering.

8. Apabila start enjin minyak tersebut akan disedut ke dalam steering dan minyak lama didalam steering akan pump keluar dan masuk ke dalam botol yang disediakan.

9. Bila nampak minyak kurang dari indicator low yang terdapat reservoir/tangki power steering, tutup enjin dan tambahkan minyak didalam reservoir/tangki power steering sehingga penuh.

10. Ulang langkah 9 sehingga anda puas hati. Saya membeli 3 liter minyak power steering. Oleh itu, saya menggunakan 2 liter untuk flushing dan 1 liter untuk topup.

11. Hasil amat memuaskan hati. 45 minit dah selesai. Penukaran boleh buat setiap 100KM(senang nak kira), jika rajin 50KM pon boleh.


0 comments: