7:37 pm

Masalah dan solution Proton Saga FLX

**Sila ambil perhatian, Waranty akan terbatal jika tidak services di Proton Center


Ikot technician saya, PROTON ini memang menyusahkan mereka yang hendak service kenderaan ditempat selain dari proton service center.

Jadual Harga Maintenance/Service Kereta Proton Saga FLX 2019




Harga Item yang tiada dalam list:

  1. Water Pump (recommended tukar semasa ganti timing belt) : RM235-RM250
  2. Seal Cam Rocker Cover (leaking minyak enjin belah atas) : RM50-RM60
  3. Engine Mounting (tukar mounting sebelah steering jika steering gegar kuat) : RM175-RM185 (1 unit)


Panduan Pelincir didalam Buku Manual Proton Saga FLX






GearBox
Gambar dibawah ini lokasi untuk menuang minyak gear box.. kedudukannya tersorok sedikit dibawah air filter. Tempat mengeluarkan minyak gear box adalah ditempat biasa iaitu dibawahnya..





**Gearbox oil hanya 4 liter dimasukkan oleh PROTON bukan 5 liter seperti yang dinyatakan dalam brochure maintenance. Bila masuk 5 liter jarak perjalanan akan kurang dari 300KM(full tank).. Bila 4 liter boleh capai 350KM(full tank) so perbezaaan lebih kurang 100KM.



RELAY DIAGRAM







Relay 20A 12v

Boleh di beli kat Jalan Pasar dengan harga RM9.50





Relay Kipas Radiator 30A

Boleh di beli kat Jalan Pasar dengan harga RM5.00 - RM17.00.

Kedudukkannya tersorok dibawah kotak fuse.. Ada 3 relay didalamnya.. yang ditengah itu digantikan kerana kipas radiator bergerak tanpa henti selepas engin dimatikan.





Relay ni RM5.00 je kat jalan pasar.. kalo tukar kat wireman.. dia charge RM45.. siott je.. 


Relay 3-Pin Turn Signal/Hazard Flasher 12V

Boleh di beli kat Jalan Pasar dengan harga RM20.00.

Kedudukkan relay ini adalah di dalam dashboard sebab tu kita dapat dengar bunyi tick tok semasa ON hazard light atau signal kiri/kanan.

Terdapat beberapa relay berada dibelakang petak merah ini. Rupa relay Hazard/Signal adalah seperti gambar dibawah ini. Cara membuka/menanggalkan relay ini ada 2 cara iaitu membuka cover plastic dibawah steering atau baring kat bawah dashboard(agak menyakitkan badan.. buat warmUp dulu sebelum mencuba).




Jika relay ini rosak, signal dan hazard light tidak akan berfungsi atau signal/hazard light menyala tanpa berkelip.

Bila baca kat blog lain, ada yang kata masalah suiz hazard/signal. Pendapat saya, try tukar relay ini dulu atau ketuk ketuk sikit relay ini pastu pasang semula.

Remote Kereta Proton Saga FLX

Kenali komponen dalam remote anda:


Kos menukar komponen :

1. Bateri : RM 5.50
2. Papan litar siap diprogramkan : RM 42.00
3. Transponder : -


Bateri NS60 Kereta Saga FLX

Dicadangkan menggunakan jenama AMARON GO(RM190)/HIGH/PRO. Bateri ini jenis dry cell dan kualitinya amat memuaskan serta warranty (18-24 bulan). Buatan negara India. Bagi kereta Saga FLX yang standard boleh guna GO, jika ada modify kereta(sound system/lighting/etc..) boleh memilih HIGH/PRO.



Aircond Kereta Saga FLX(Sanden)

Berat Refrigerant mengikut buku manual adalah 550-600g (rujuk Buku Manual Proton Saga FLX di atas)

Compressor yang digunakan jenis fixed displacement

Jenis gas adalah R134a

Ambient Temperature pada tahun 2024 di Malaysia adalah 30-35 celcius

Bagi mereka yang mengisi gas menggunakan Manifold Gauge, jangkaan saya adalah isi penuh adalah:

Low Pressure(LP) : 3.0 - 3.5 bar
High Pressure(HP) : 16.0 - 24.0 bar



 
Tips terbaik adalah 
1. Menggunakan temperature meter dan diletakkan dalam corong tengah
2. Isi gas Low Pressure 2.0 bar & biarkan idle 5 minit & catitkan suhu aircond
3. Tambahkan gas 0.2 bar(jadi 2.2 bar) & biarkan idle 5 minit & catitkan suhu aircond
4. Ulang langkah 4 sehingga suhu menurun ke tahap paling rendah & berhenti tambah gas jika suhu tidak turun lagi. Maksudnya itu adalah suhu terendah untuk kereta tersebut.
5. AWAS pastikan Low Pressure tidak melebihi 3.5 bar

Buat masa ini.. tu jelah yang saya dapat bantu.. 

Masalah yang lain boleh rujuk blog http://serbamaneka.blogspot.com atau https://protonmalaysia.wordpress.com/saga-flx/



**Update 15/04/2024










200 comments:

Unknown said...

Salam, yg relay 20A tu kat mane letak nye?

Unknown said...

Kereta saga FLX saya pun baru kena ni kipas xmau berhenti lepas padam enjin,cuma nak tanya yg relay rm5 tu brand apa??,tahan lama X??

Unknown said...

cik buat cmna bg brhnti

F@ll@wMyBeaT said...

Sorry lewat balas, xprsan ade comment kt blog..
khair adzaideen: Relay 20A tu ade kat dlm kotak fius/relay tu.. http://2.bp.blogspot.com/-4lznZhMddlc/VRiriPewyRI/AAAAAAAAB2g/gzrKfWiPxLs/s1600/1907361_1035205493171555_5798676706353452525_n.jpg
besarkan image tu nmpk x relay tertulis "20A 12VDC"..

Muhammad Shazwan : kalo biar lama² nnt battery kong.. relay brand pape pon bleh just pastikan diagram pada relay tu same 100%.. ade gak diagram lain ckit tu bleh guna tp xkan tahan lama.. so pastikan diagram tu same.. ako guna bosch RM15.

Unknown: Tukar relay 30A.. tersorok kat dalam kotak fius.

F@ll@wMyBeaT said...

Unknown: Relay 30A kat dlaam kotak fius -> http://2.bp.blogspot.com/-iFLAmgYigkg/VRipjUWPN6I/AAAAAAAAB2E/P1dQTnqJtj4/s1600/20150329_113626.jpg

Relay 30A utk kipas radiator tu yang di tengah tuh.. https://1.bp.blogspot.com/-1GpySrYgKTs/VRipkTvpDiI/AAAAAAAAB2M/DDojy7bmSfw/s1600/20150329_113829.jpg

Unknown said...

Terima kasih tuan,banyak membantu...Saya beli yg Bosch,sekali litar dia xsama,g solat jumaat tadi temperature naik tetiba,buka hood mendidih minyak enjin,kotak ECU pun panas,huhu...Terus nak g cari relay yg sama litar,TQ byk2 boss

Unknown said...

Tuan, tiga3 biji relay bawah tu diagram dia sama ka tuan?

F@ll@wMyBeaT said...

Ye.. ketiga-tiga relay 30A tu sama diagram.

Unknown said...

Saya pun hadapi masalah sama, dan poorman tukar relay kipas ke relay lain terus ok. tapi semalam lampu headlamp kanan saya terpadam tapi cek mentol tak terbakar. adakah perlu tukar relay nya? poorman tu cekik rm45 tapi sy cakap next week dtg balik cuma dia ckp jgn lama nanti byk yg shot. mcm mana ya tuan?

Unknown said...

saya nak tukar sendiri macam yang tuan cadangkan, risau pulak kot kereta ada lagi yang shot wiring.

F@ll@wMyBeaT said...

Kalo headlamp tu saya xpasti.. kemungkinan relay or mentol or ada benda lain.. apa kata kamu tukar2 je kdudukan relay2 yang same jenis.. pastikan buat pertukaran tu setelah enjin dimatikan n kunci dicabut.

Unknown said...

Mmh dah cek mentol tak terbakar, sy cuba cabut dan ubah ke tempat lain antara 3 relay tu. susah hati sy sbb lampu hi tak fungsi low saja, nak keluar malam pun lampu dah sepet sebelah. bahaya juga.

Unknown said...

Mmh dah cek mentol tak terbakar, sy cuba cabut dan ubah ke tempat lain antara 3 relay tu. susah hati sy sbb lampu hi tak fungsi low saja, nak keluar malam pun lampu dah sepet sebelah. bahaya juga.

Unknown said...

Selalu sgt tgk tuan klu saga ni mesti lampu sepet sebelah.
Blh tahu tuan wiring ke ape poblem nye

F@ll@wMyBeaT said...

yunus jamion: Kalo dah try still xbleh.. bwk la kt SC.. hope ade solution..
Mike: 2 relay tu not sure la.. xprh check..

Unknown said...

Salam bro..saya pakai saga flx..so saya nak tanya tentang fius box..saya punya power socket (charger/rokok) terbakar..fius 20A bila cucuk yang baru pun terbakar..
Saya dah pegi cek proton..dorang suruh tukar terus satu set fius box tu..bajet rm400 jugak la..huhu

So boleh saya tau betul ke perlu saya tukar 1 set fius box baru tu atau ade cara lain..thanks bro

Zed dari kuala lumpur

Unknown said...

Salam bro..saya pakai saga flx..so saya nak tanya tentang fius box..saya punya power socket (charger/rokok) terbakar..fius 20A bila cucuk yang baru pun terbakar..
Saya dah pegi cek proton..dorang suruh tukar terus satu set fius box tu..bajet rm400 jugak la..huhu

So boleh saya tau betul ke perlu saya tukar 1 set fius box baru tu atau ade cara lain..thanks bro

Zed dari kuala lumpur

F@ll@wMyBeaT said...

puteh kaka : try gi proton sc yg lain.. sy suggest gi kat Proton Center of Excellence (COE).

Unknown said...

Assalam nak tanya kalau kipas tak pusing tapi dah tukar motor dan dh check fuse pun tetap tak pusing. Ade jalan penyelesaian tak? Atau relay tu jugak problem?

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown: Try kipas direct power ngan bateri... berpusing x? & tukar relay yang betul ke??

Unknown said...

saga flx kipas xpusing..moto dh tkr baru..ttp sm.bile smbg ke bateri ok je rypenye.mslh ap ni ye..

Unknown said...

Salam, di mana kedudukan fan switch saga fl. Kipas sentiasa on kalau enjin dah panas.

Unknown said...

Assalam kalau guna relay 80a ada masalah x pd motor fan radiator?
dulu guna 30a..then ada prob kt highway
pomen highway tukar yg 80a..

Unknown said...

assalam der..cuba check fiuz dgn relay..jgn biar boleh jd overheat kt enjin..sy br hadapi masalah sama..saga flx juga..

Unknown said...

Salam...saya ada gen2.. saya nk tnya apa masalh pada stering saya bila belok kanan rasa ringan dan belok kiri rasa berat..kemudian lg satu bila memandu kawasan line kuning akn ada bunyi gegaran bhgian depan..​bunyi gededede mcm ada bnda longgar/ rosak ...mntk nasihat tuan..maaf jika soalan menyimpang.

F@ll@wMyBeaT said...

To MOHD NAZRI: Ako rase problemnya kt relay/wiring.. try check balik..
To Unknown: Kedudukkan switch tu ako xpasti tp kipas on bila enjin panas tu normal la
TO Unknown: Kalo relay asal 30a, kekalkan 30a, mungkin pomen tu tukar 80a sbb xde relay 30a
To Hadzlee Rasidi: Betul tu, jgn biar enjin overheat.
TO Wan Hashim: Xmampu jwp soalan nih.. try tanya kt https://protonmalaysia.wordpress.com/ .. hope ade yg dpt membantu..

zuraimi mohd zuber said...

Cuba tukar relay tengah yg tersorok bawah fuse box tu. Warna hijau kalau x salah.

apis said...

ble baca semua komen...
aku pon da kena...
tukar motor kipas denso japan..
kena balik kipas mati..
rupanya relay rosak..
pergh...
tgh sesak la kipas xgerak..
hahahhaha
skrg alhamdulillha bjln dengan lancar..
kadang2 bunyi ketup ble air cond nk keluarkn gas sejuk..

F@ll@wMyBeaT said...

To zuraimi85: Warna bergantung pd brand.. lihat pd diagram/litar.. pastikan sama..
To apis: try check semua fius(dalam kotak dkt engin & sebelah stering)/relay dlm kotak fius berada dlm keadaan baik.. kalo ade kesan2 terbakar tu tukar la ye..

noor said...

Sy nak tnya, kalau relay fan wiring shock mahal x?..

F@ll@wMyBeaT said...

To noor: tak pasti harganya..

Unknown said...

Terima kasih Tuan ..betul sy dh tukar relay tersebut .

Bukak box fius x pakai apa clip plastik tepi tu je. Hati2 angkat takot kacau wayar.
Tukar yang tengah2. Beli kat kedai spare part pun kene ketuk sikit atau maybe harga dh naik .x tahu la. Rm 25 campur gst jadi rm 26.50. Spektron mcm original punye juga.
Terima kasih skali lagi.

Muhammad

Unknown said...

Saya nak tanya...
Kipas kereta saya ni masih berpusing walaupon saya dah off enjin kereta. Kereta jenis saga flx. Sekarang ni bila saya off enjin saya akan cabut skali fius yg mekanik tu ajar. Supaya kipas tu berenti pusing. Esok baru saya nak ke bengkel utk cek masalah dia. Tapi sblm tu nak minta pendapat encik dulu. Takut kena ketuk dgn mekanik tu nnt bila dia tgk kita ni perempuan. Hahahaa

akufirdaus1986 said...

Proton Saga FLX ku..sebelum ni masalah kipas tak henti pusing...ok..dah repair..lepas beberapa bulan, masalah sekarang ni..kipas pulak tak pusing....overheat....naik pusing akan d buatnya...bila try jalan..ON aircond....temperature tak naik...bila kena jammed...or brenti kejap ker...suhu meningkat ke maksimum....sampai aku sekali yang pusing and meningkat temperature...nak try tukar fius ni..harap2 ok...lepas tu...ada isu fius box rosak pulak sebab ada 1 fius tu selalu terbakar...pulakkk.....macam mane ni???aduiyaiii..hahaha

F@ll@wMyBeaT said...

To Zila Aqila: Maaf lewat balas.. Masalah ini memang kerap berlaku pada kereta proton.. penyelesaiannya pernah saya reply sebelum ini. Sila baca dari mula..

To aku firdaus1986: Fuis dan Relay tu berbeza. Sila confirmkan yang kamu tukar tu fius atau relay.

Jika ada masalah kipas, check perkara ini Relay 30A kat dlm kotak fius -> http://2.bp.blogspot.com/-iFLAmgYigkg/VRipjUWPN6I/AAAAAAAAB2E/P1dQTnqJtj4/s1600/20150329_113626.jpg

Relay 30A utk kipas radiator tu yang di tengah tuh.. https://1.bp.blogspot.com/-1GpySrYgKTs/VRipkTvpDiI/AAAAAAAAB2M/DDojy7bmSfw/s1600/20150329_113829.jpg

Pastikan pengantian yang dilakukan itu adalah Relay 30A dan diagram/litar pada relay tersebut adalah yang sama seperti asal. Jangan sesekali cuba² menggunakan relay yang berbeza.

Unknown said...

Assalammualaikum tuan, saya ada masalah yang sama

engin da off, tp kipas still on

relay yang nak di tukar 30A & 20A apa tuan.

illumination relay??

Unknown said...

tuan kipas kereta saya x berenti

relay semua sama 20A

sy x jelas dgn maklumat tuan, sb semua relay sama 20A

yang mana satu relay patut tukar klu ada masalah kipas x berenti...

1: fuel pump relay?
2: compressor relay?
3: head lamp relay?
4: illumination relay?

01112088101 mohon tuan dpt bg pencerahan..tq

F@ll@wMyBeaT said...

To Nazli Amilali: Relay 30A ada kat dalam kotak fuse tu.. Buka Klip ni pastu angkat slow2 -> https://3.bp.blogspot.com/-9IalY5BBwHI/WbPMFo6EiQI/AAAAAAAAEng/ywG7oQeNblIbVRGQ5OX9dkY_Z5rdnb5wgCLcBGAs/s1600/klip%2Bkotak.jpg

Relay 30A yg ditengah tu untuk kipas radiator.. Jumlah relay bergantung pada model kereta.. ada yang ada 3.. ada yang 1 je..

http://2.bp.blogspot.com/-iFLAmgYigkg/VRipjUWPN6I/AAAAAAAAB2E/P1dQTnqJtj4/s1600/20150329_113626.jpg

https://1.bp.blogspot.com/-1GpySrYgKTs/VRipkTvpDiI/AAAAAAAAB2M/DDojy7bmSfw/s1600/20150329_113829.jpg

Unknown said...

Kereta flx manual saya 2 kali dah jadi off engine, kipas tak berhenti. Kalau jadi mcm tu try bawak pusing pusing 3 ke 5 minit sambil on aircond in shaa allah lepas tu kipas dah jadi mcm biasa. First problem relay. Kalau mlas nk tukar dulu buat la mcm saya round round dulu nnti elok la dia.

F@ll@wMyBeaT said...

To Shahir Aizat: Masalah kamu tu bukan dengan relay tapi kemungkinan engin panas maka kipas akan pusing lebih lama walaupon engin dimatikan. Tolong jangan suggest perkara sebegini yang boleh menyebabkan engin rosak(overheat) lebih teruk.

Unknown said...

Saya dah tukar relay..tapi kipas x pusing langsung...

F@ll@wMyBeaT said...

To Asyraf Aziz : Betul ke relay yang kamu tukar tu untuk kipas radiator? dah check kipas direct dengan bateri??

Unknown said...

Mnta maaf tuan, tp boleh tau ap yg rosak, sbb yg saya pun sma jugak jd..

Jessica said...

Mcm saga sy plk knp ye lampu amaran enjin tu sentiasa menyala.knp ye.bila nk gerak mst semput semput mcm lelah plk.knp ye blh bantu x.takut nk bawak

Mira je said...

Salam..sy ade problem dgn gear lepas sy tuka relay..klu nk gerakkan gear kena tekan shift release button..n reverse sensor pn sometime function sonetime tak...rase2 ade kaitan dgn relay ke?

F@ll@wMyBeaT said...

To Liza Zack: Tu masalah pada gearbox.. prh tukar minyak gearbox?

To Amira Aziz: Relay apa yg kamu tukar tuh?? Relay yg xikot spec or salah relay? check balik..

shaifudin said...

Salam,kereta saga flx saya bila on suis signal or on lampu hazard,lampu x nyala.tp bila buka pintu kereta,lampu nyala pula.ape punca nye?relay ke?kat mane kedudukan nye?

F@ll@wMyBeaT said...

To shaifudin: Try check semua fuse dan relay kat fuse box(kotak warna hitam) kat engin dan sebelah kanan stering(kat dashboard tepi menghadap pintu driver) . Kot2 ada yang terbakar.

affizs said...

nk tanya knp sy punya kereta rmp jd x btl..kereta berhenti tp still nk jln. kdg2 masuk gear D engine mati. bila off air cond kdg2 ok blk rpm. apakah masalahnya

F@ll@wMyBeaT said...

To affizs: Byk btol masalah nih.. elok hantar kete ke Proton SC.. kalo kt luar nnt mcm2 plak dia usik/caj..

Unknown said...

Tq tuan. Byk membantu. Lepas ni sy tukar minyak CVT sendiri je la. Sbb dulu pakai wira auto, tukar sendiri je minyak gearbox. Ni cvt sy xtahu tukar minyaknye. Nk tanya anggaran tukar minyak cvt kalau buat sendiri berapa ye?

F@ll@wMyBeaT said...

To onoff Tinted Magic Malaysia: Pernah gak try tukar dulu dekat service car dekat umah dulu. Pastu gearbox problem plak.. bila bawa 120Km/j.. Gear free plak... padahal gear dekat D lg.. last2 tpaksa hantar kat Proton SC. Kena caj RM650(kena tukar minyak engin, oil filter, gearbox filter, gearbox oil).. Rupa² tukar minyak gearbox nih ade stepnya(kne tanya org proton la..)

1. Minyak gearbox proton 4 botol(max 4 liter utk saga flx).. 1 botol 1 liter RM32 sebotol(harga dlu skrg ni xtaw).. Minyak CVT xsama Wira Auto.. Kalo xsilap gearbox bleh msuk 5 liter.. check btol2 sblom beli.. nnt rugi plak..
2. Filter gearbox tu tpulang la..kalo nk tukar harganya (RM150-250)
3. Reset ECU

Unknown said...

salam tuan..pencucuh rokok kereta saga flx sya tak berfungsi..mcm mna nak repair sendiri atau chek sendiri,

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown : https://www.youtube.com/watch?v=RmmRoOYKDG4 <- ni cara membuka.. try la check..

Unknown said...

Tuan..nak mintak bantuan,sblm nie relay kipas sy terbakar...dah tukar br tp skrg nie bila on aircond kipas tak berfungsi n temperature naik...bila OFF enjin jea kipas jln blk...ader idea tak?

F@ll@wMyBeaT said...

To Ahmad Fazly: Relay yang ditukar tu sama dengan yang rosak x? or Salah pasang relay? Sila check semula.. jika semuanya betul tp masalah sama masih berulang.. hantar ke proton sc yang berdekatan..

John said...

Terbaik bang

John said...

Terbaik entry bang

Unknown said...

Bos...relay reverse kat mana ye

beng said...

Just want share if your wiper washer cannot eject water usually your washer pump located in front of right side wheel / bumper is blocked by dirt just take out and clean will do. Workshop usually will lied and tell you to change the washer motor. So do take note.

beng said...

For proton saga flx - radiator fan still on after engine switch off.

Just want to add
1 to get to the bottom of the fuse box just unclog the 3 clips and no need to unscrew anything.
2 the relay switch is arranged in a straight line different from the picture above and it is still the middle relay switch that need to change.

Found this blog earlier but not sure how open the fuse box to get the bottom later so pay the workshop to do it and it cost me rm25. Actually after watch how it is being done no need to go to workshop. Can be done diy not to difficult. Only need to get the relay switch. Guess as for people in jk drop by to Japan pasar in pudu kl. Earlier I ask the price from spare part shop they are selling at rm45. Day light robbery.
Hope my feedback helps.

beng said...

Sorry for the typo . . .
I meant jalan pasar in pudu Kuala lumpur

Not unclog I meant unclip

beng said...

Proton saga fox wiper washer cannot eject water.

Beware workshop will lied and con you by saying the washer pump motor spoiled and need to be replaced.

Usually the washer pump motor needs to be taken out and wash out the dirt that is blocking pump. No need to change new one.

Can search at you tube using key words such as washer pump.

For proton saga flx the washer pump is located exactly in front of the right hand wheel inside the bumper. Need to unscrew a few screws at the mudguard and open the cover from behind the bumper / in front of right hand side you're.

Hope this info helps and prevent the workshop ripping you off.

No need to change the washer pump just need to take out and clean it like you clean your home water filter. Don't get con by the workshop telling you to change the washer pump. Just clean it will do.

beng said...

Proton saga flx - cvt gear oil change.

Info only
Found a spare shop in front of aeon Jaya Jusco Balakong beside Mr. diy shop offering CVT gear oil change only for rm160 for 4 liters. They sell and change the cvt oil for customer in front of the shop.

Brand HYO lubricant, for more info can google it. Most of the info in Japanese but found some info in English.

Info required and to take notice!!!
As Proton will advised only to changed CVT oil using their recommended brand or risk damaging your cvt gear.

I have changed for 1St time using hyo cvt gear only at 60,000km and been using it for at least 2 months so far no problem.

Please do take note of the risks involved. So far my side no problems encounter and will keep monitoring it.

Just would like to share the cheaper option that I take.

Btw understand from the people only take out 4 liter and replace 4 liter and don't use 5 litre. They said something of affecting the performance.

Hope this info helps.

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown : Tak pasti juga la bos.. Jika dihuraikan masalah yang dihadapi mungkin ada yang dapat bantu.

To beng : Thanks beng for sharing knowledge & experience that you have.

asri said...

Salam...abg tau tak kedudukan relay utk blower aircond...saga flx..saya cari tak jumpa..blower tak jalan sekarang ni

F@ll@wMyBeaT said...

To asri : Wslam.. xpasti plak kdudukan relay tu.. try check kt location petak merah ni.. ade 4 relay kt situ.. tmasuk relay signal.. https://2.bp.blogspot.com/-FidBOKyoQuc/WiiQNXPd7SI/AAAAAAAAEuE/Ly_GCmd0gxkR8utv_4P4BnqM4WIXpur-wCLcBGAs/s320/DSC_0036.JPG

Unknown said...

nak tanya. sy nak tkr saga flx radiator fan. kedai kasi 12v 40A. blh ke pasang pada relay radiator fan tu?

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown: Cadangan saya kekalkan volt & amp asal agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Unknown said...

Nak tanya..flx saya signal tak nk idup tp hazard light hidup n function mcm biasa..bila check fuse utk signal mmg putus and saya tuka fuse then on signal pastu putus lagi fuse..agk2 apa masalah kereta saya?

F@ll@wMyBeaT said...

To Powerman 6000: Voltage mcm xstabil je.. Pernah usik component electronic yg lain x? contoh: tambah sportlight or tukar radio or etc.. fuse yang ditukar tu sama color/amps x?? masa on hazard light ada bunyi "tick tock" x? kalo xde bunyi.. tukar dlu Relay 3-Pin Turn Signal/Hazard Flasher 12V(lihat kt post atas)..

Shinobu_Fauzan said...

Aritu kipas radiator tak jalan temp naik. Lepas tukar relay okay balik tp lps dua hari kipas radiator tak off plak lps tutup enjin. Sebab apa ya? Ke relay lain pulak kne tukar

F@ll@wMyBeaT said...

To Shinobu_Fauzan: Tukar relay yang kat mana? Pastikan diagram/litar relay dan volt tu sama seperti sebelum ini. Pastikan juga relay yang dibeli itu berkualiti macam bosch/spektrum/hella dll.

Unknown said...

Saya nak tanya tentang kereta saga aeroback saya. Lampu signal menyala dan berkelip tapi lampu kecemasan x menyala. Masalh relay ke tu

F@ll@wMyBeaT said...

To Auto Pilot: suis hazard atau fuse yang rosak. Jika pernah usik wiring, mungkin wiring bermasalah.

Unknown said...

Salam tuan..mana nak cari relay saga flx spektrum

Unknown said...

Salam tuan..mana nak cari relay saga flx spektrum

- Y u S - said...

Salam semua, nak tanya dimana kedudukan sebenar reverse switch ye utk saga flx 1.3 cvt? problem bila tukar gear ke R, lampu putih reverse tak nyala dan tak bunyi 'beep' pada reverse sensor. mohon pencerahan dan pandangan.

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown: Not sure
To - Y u S -: Cube check fuse box kat sebelah steering.

Unknown said...

Saga flx saya dah off enjin dah off tempat lampu tapi lampu depan masih on.. kenapa macam tu?

Unknown said...

Sy nak tanya, Aircond kereta sy mulanya keluar mcm kabus, then tiba2 satu hari angin keluar panas, bila pi kat pomen dia topup gas and minyak, pastu x sampai sebulan dah Aircond panas balik dan ada bau busuk semacam, pi pulak kedai lain, dia check gas memang dah kosong so dia try topup tapi gas tak masuk, bila check compressor magnetic tak pusing, soalan sy kena tukar magnetic tu saja ka, dan apa punca bau busuk sebelum ni, adakah kemungkinan cooling coil bocor?

F@ll@wMyBeaT said...

To nur fadhila juprin : kunci tu dah cabut ke?? masalah luar biasa nih..

To Kaliyapan Sharma : Saya cadangkan hantar ke SC Proton atau ke kedai yang pakai. Nampak seperti ada berlaku kebocoran.

Firdaus783 said...

blower saga blm saya tiba² berhenti.. dh check relay dan fuse tiada masalah.. switch aircond pn dah tukar.. apa masalah ye..

F@ll@wMyBeaT said...

To Mohd Firdaus : Kenapa tukar switch? Check blower direct dengan bateri. Lebih elok bawa ke SC Proton.

Unknown said...

Assalamualaikum..bos napa minyak gearbox keluar dari hos atas gearbox.saga flx manual..

Unknown said...

Y

Unknown said...

Nak Tanya sy pakai proton iriz masalahnya tak boleh hidup macam masalah betri tpi bila Cuba jamper masi tak boleh juga.starter macam ketat nak pusing Dan lampu kecemasan menyalah

Unknown said...

Nak Tanya sy pakai proton iriz masalahnya tak boleh hidup macam masalah betri tpi bila Cuba jamper masi tak boleh juga.starter macam ketat nak pusing Dan lampu kecemasan menyalah

Mak Lin said...

salam. terima kasih info. kereta kita enjin berhenti tapi kipas jalan. kita bawa keluar bateri baru kipas mati. lepas tu esok harinya kita pasang balik bateri, dan bawa jalan, elok pulak dia. ni semalam (after a month) jadi balik. boleh whatsapp kita tak? 0127669156. kita tak faham term/benda nak explain 😂

F@ll@wMyBeaT said...

To jokopli ahmad : Saya tidak pasti, adakah sebab ia terlebih isi?
To Unknown : Salah cara jump ke? Cadangan saya hantar ke SC Proton.
To Suzlin Azreena Nordin : Enjin berhenti tapi kipas jalan adalah kerana engin masih panas lagi maka kipas sedang menyejukkan enjin kereta. Jika kipas berpusing tanpa henti lebih dari 10 minit bermaksud kereta puan ada masalah.

Unknown said...

Bwah batri ado stu soket...wyar dio trus gi ke moto kipas...cek conector soket tu...slalu bkar kt sana..

Unknown said...

Tq boss

Unknown said...

Blog encik nie baru jer membantu sy settlekn masalah kipas radiator tak nak berenti pusing. Thanks..

Unknown said...

Assalamualaikum..bos bila saya hidupkan lampu signal..lampu bateri pun ikut berkedip kedip.bila pasang aircond,lampu tinggi/rendah,radio tak pula bekedip lampu bateri tu.sudah servis altenator,bateri baru,suda tukar kepala bateri..namun bila hidup lampu signal baru hidup juga lampu bateri tu..napa ya bos..tq

Unknown said...

assalamualaikum....tuan...kereta saya saga flx manual kipas x berpusing dan telah menyebabkan coolent dri radiator keluar..
fius tidak putus..motor kipas pon masih berfungsi(setelah check di bengkel)...boleh saya tahu ap lg kerosakan yg saya boleh check..
dan di manakah kedudukan sensor earth swicth utk radiator...yg akan jalankan kipas jika suhu panas...terima kasih..

F@ll@wMyBeaT said...

To Shah Rifin: Tahniah..
To jokopli ahmad: kebarangkalian masalah wiring. sila hantar ke Proton Service Center berdekatan.
To Unknown: Kamu tak baca post blog ini dengan tertip. Masalah kamu ada penyelesaian jika baca dari atas. Sila check relay.

Unknown said...

lampu reverse tak menyala. dah cek komputer sensor di gearbox ok. pomen suruh tingal kereta nak cek wiring satu satu. flx auto

Unknown said...

Tq bos😘😘

F@ll@wMyBeaT said...

To syarif dol : Perkara yang boleh dilakukan oleh owner kereta adalah semak perkara yang boleh dikenalpasti dengan mudah & tidak rumit. Seperti kotak fius sebelah stering , kotak hitam fius di ruang engine kereta & mentol reverse. Selamat mencuba.

racer said...

nak tanya. tukar wiring harness fan radiator berapa kos nyer... sy dh check 1 per 1.. fan berfungsi relay 12V 30A dh tukaq baru check karen xde langsung.. so pasti problem dari wiring harness..

F@ll@wMyBeaT said...

To racer : semak fuis & relay gambar dibawah (kemungkinan ia rosak).

1. http://2.bp.blogspot.com/-haMzse3qO4g/VRiriXbqREI/AAAAAAAAB2k/JeNdAPrSHSA/s1600/20150324_082606.jpg
2. http://2.bp.blogspot.com/-4lznZhMddlc/VRiriPewyRI/AAAAAAAAB2g/gzrKfWiPxLs/s1600/1907361_1035205493171555_5798676706353452525_n.jpg

Shaiful bahri said...

salam...saya nak tanya dimana kedudukan reverse switch saga auto fl...sebab saya jumpa 3 soket di bawah batery cuma tak pasti yg mana satu adalah sensor switch tu....

F@ll@wMyBeaT said...

To Irhab Lufias : Maaf, saya kurang pasti lokasi relay tersebut.

Khairul_Naswin said...

thank atas sharing ilmu

Mommy's Diary of Life said...

tqvm. simple tapi padat info. mbantu saya mlm td.pasal relay. ingat rosak, rupanya renggang. dkt stgh jam kipas xmo stop. maceh yer.. oh ya. sy nk link kan ke blog saya nanti. hehehe.. klu sempat buat entri lah..

F@ll@wMyBeaT said...

To Khairul_Naswin : Terima kasih juga.

To YB Shehan : Terima kasih juga.

Unknown said...

pagi bos2 ku mok tnya bos2 apa masalah keta kalau on air cond wiper sama low light pon turut ikut hidup...saga sv flx...

Unknown said...

Assalamualaikum tuan, nak tanya lagi, dulu masalah yg berlaku pada saga FLX saya relay fan radiator terbakar. Semenjak dua ni pula makin kerap terbakar, beli baru selang sebulan terbakar lagi... Kenapa ya tuan, tau x?, mohon pencerahan

F@ll@wMyBeaT said...

To Muhammad Shazwan Bin Sazali : Ye, pernah gak terjadi begitu.
1. Ade kemungkinan relay diagram/litar tidak sama.
2. Voltage tidak sama.
3. Jenis relay. Sy tidak pasti isi dalam relay tersebut. Dalam pasaran ada yang berat dan ada yang ringan. Kebiasaan saya jumpa yang berat itu lebih tahan lama dan mahal berbanding yang ringan dan ia juga bergantung pada syarikat pembuatnya.

Unknown said...

Slm..nak tya klu kereta saga fl supply 12v tdk smpi ke fuel pump apa masalah tu..sdh tukar relay dan fuel pump baru tp masih jg tdk berfungsi.sdh try jumper relay pin 3 dan pin 5 supply ada tp bila soket connector di sambung ke fuel pump tetap jg tdk berfungsi.

F@ll@wMyBeaT said...

To Musa Eita: Pernah usik wiring ke? Kalo gitu, ia diluar pengetahuan saya. Mohon refer pada bengkel yang melakukan modify tersebut.

RHA HAUS OF CARS said...

Salam saga fl Saya bila switch engine off engine Saya masih running. Ignition switch dah eukaryote tapi masih sama. Perlukan bantuan.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam tuan.. Kipas radiator saga flx sy bru je mati ni..temperature naik.. So lpas baca komen2 di atas, sy fhm kdudukan relay radiator tu di mana. Sy jumpa ada satu je. Persoalannya, bila on enjin mmg relay tu akan menyala/berlampu ke? Klau menyala maknanya mmg problem ke? Sbb sbelum ni x prasan plak dia menyala..

F@ll@wMyBeaT said...

To afi asmadi: Setiap model berbeza maka kedudukan mungkin berbeza. Ada yang 1 dan ada yang 3. Saya pernah jumpa saga blm manual ada 1 relay sahaja.

Unknown said...

Trima kasih yang tak terhingga boss atas perkonsian.

Mohd Zamri said...

Saya punya flx auto 2013 bila berhenti dalam gear kedudukan D ,keadaan engine sekejap2 macam nak semput bila radiotor kipas berpusing dan kembali engine idle normal lepas itu bila radiotor kipas berhenti pusing atau off.Berlaku terutama bila aircond on.Adakah ia masalah throte ,alternator,compressor aircond atau sebaliknya? Boleh bagi solution tuan..

F@ll@wMyBeaT said...

To Mohd Zamri Bin Mat Jusoh: Pernah update software/firmware terkini kereta? Jika tidak pernah. Sila lakukan segera di Proton SC.

Sangima said...

Salam bro..nak tanye ..kalau relay 30A ke 40A utk kipas radioter boleh ke?sebab takde stok mekanik cakap

F@ll@wMyBeaT said...

To Sangima: pandangan saya, ia tidak selamat dan mungkin akan menyebabkan masalah kepada komponen lain. Digalakkan untuk mengunakan volt/amp yang sama.

Unknown said...

Assalam boss,, relay ekon kete saga fl duk tang mana boss,,, sy duk cri kt fuse box xde pon tulis ac relay

Unknown said...

salam..nk bertanya..fius pencucuh rokok untuk proton preve dlm fius box tu dia tulis apa..puas dh cari tp x dpt2 lg..harap2 boleh dpt jawapan kat sini.

F@ll@wMyBeaT said...

To Zulhilmi Badrul Hayad: Aircond tu terbahagi kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian mempunyai fungsi dan relay tersendiri. Soo apa yang tuan cari?

To Saiful Epoi: Pada proton saga flx kedudukan fuse adalah ditepi dashboard menghadap ke pintu driver. Harap membantu.

Unknown said...

assalam boss. sy nak tanya boss. utk saga flx, starter relay memang pakai 1 ke boss?

F@ll@wMyBeaT said...

To azrin shah: Yg sy nmpk ada 1 je..

Unknown said...

salam cip..saya pun kena kes mcm ni...mula2 kipas x berhenti masa jalan..lepas tu keluar wrning check engine..so sya jalan je..jalan balik dlm 400 km.so sampai rumah,dah matikan enjin,kipas tetap pusing sampai bateri kong..n sya tanya kwan..dia ckp sensor rdiator or tmprture...so,sya cari2 sensor tu tp tak jumpa dkt mana..so lps sya biar dlm 2 hari x start..sya jumper..kipas kembali pusing mcm biasa...apa mslh nya cip..relay or sensor or thermostat..tq cip..msh bingung nak tukar mana 1.

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown: Perkara ini kerap berlaku dan saya pernah menjawab soalan seperti ini. Mohon baca reply saya sebelum ini. Harap membantu.

jazz said...

saga flx..speedometer x jln..meter minyak 2run naik..ape sbb ye?meter rpm ok..

Ahmad said...

salam, nak tanya.
Kedai jual relay kt jalan pasar pudu, yg mana satu.
Ada bnyk kedai jual peralatan elektrik dan elektronik.
Utk peralatan elektronik kereta kedai mana satu?

F@ll@wMyBeaT said...

To jazz: Saya tak pasti solution untuk masalah ini.

To Ahmad: Mmg banyak kedai yang menjual relay, pastikan beli yang sama seperti asal. Brand tak kisah. Saya biasa beli di kedai(seberang jalan) yang berhadapan dengan RHB Bank. Kedai tersebut tiada signboard.

Mama Papa Rea said...

Salam,
Apa punca fius power socket @ pencucuh rokok selalu rosak? 2-3 bulan msti fuis dia rosak. Klu standard 20A kan. Pernah pakai 25A & 30A, tetap jugak rosak bbrapa bulan lpas tu. Blh jelaskn x apa sebabnya?

F@ll@wMyBeaT said...

To Mama Papa Rea : Overload?? Adakah salah fuis??

mohamadnor9946@gmail.com said...

Relay signal mudah terbakar,,sbb apa ya,,xsampai 1minit,,da 4 relay tukar saga blm,,

Unknown said...

Masalah reverse u sudah settle?

Kita said...

Salam Bo's..nak Tanya,hazard,signal Kiri kanan x berfungsi then try buka ketuk relay pasang balik masih x dpt.kena tukar relay ka?mohon pencerahan Bo's.

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown : Kete standard atau pernah modify?

To Unknown : Belum settle lagi..

To Kita : Proton ada manufacturing defect pada suis hazard tu.. problem mungkin pada suis atau relay.. selamat uji kaji.

Unknown said...

Salam..nak tnye saga FLX,bila bagi signal kiri kanan lampu beteri berkelip-kelip,bila pasang lampu besar x berkelip pulak...

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown : Selagi tiada masalah kritikal, lebih elok dibiarkan sahaja ia berkelip.

pahri86 said...

slm bos, terbaik info. sya pengguna kereta saga flx, yg tuan tunjuk kt ats tu fill plug utk gearbox auto kan? kalau gearbox manual, kt mane ye fill plug? mohon percerahan beserta gambar, tn. tq.

F@ll@wMyBeaT said...

To pahri86 : Berkenaan saga flx manual, saya tidak ada maklumat. Jika saga BLM manual lokasinya di https://forum.lowyat.net/topic/2486018/all . Lihat post by neotoxin. Harap membantu.

pahri86 said...

tq tuan.

Nur said...

Nk tny soalan yg sama...tq tuan blog...ilmu yg bermanfaat...

Nur said...

Tuan blog ada bengkel ke? Klu ada boleh bg location? 😂😂 senang nk gi anto kete...

F@ll@wMyBeaT said...

To Nur: Maaf, tiada bengkel.. Kekadang buat sendiri DIY atau hantar bengkel.. Lihat pada masalah yang dihadapi.

araz said...

AirCond Kereta saga fl saya masalahnya tk boleh cut off. Jenuh saya tukar dari low, tengah, sampai max. AC dari sejuk beberapa ketika lepas tu rasa angin panas aje.habis RN220 tukar sensor AC. cuma elok sekejap aje dan masalah aircond tak cut off masih terjadi. Adakah perlu tukar relay tengah bawah kotak fius saga fl tu tuan?

ramli engka said...

Tuan2x yg mahir pasal keta proton, aku ada masalah lampu brek belakang tak menyala. Check kat switch..power supply tak ada. Fius or benda yg mungkin penyebab masalah aku masih tak dapat kesan. Fius aku tak jumpa...kalau ada yg tau boleh tolong share ilmu. Tq

F@ll@wMyBeaT said...

To araz: "aircond tak cut off"?? Kipas berpusing tak? Jika kipas berpusing,berhenti dan berpusing semula maka tidak perlu tukar relay. Paip aircond bocor ke? Gas terlebih isi boleh jadi punca kepanasan?

To ramli engka: Try check fius kat sebelah streeng

muhammad hafiz said...

salam. kereta sga flx manual sy kipas radiator xbrpusing. sudah tukar riley baru. kipas pon sudah chek masih ok... tpi msih tak berpusing lg... adakah kipas radiator ada fius?? harap dpt membantu sy

F@ll@wMyBeaT said...

To muhammad hafiz: Check kipas tu mcm mana? direct wiring ke batery ke?? Adakah relay yang ditukar tu kepunyaan kipas radiator? sila semak post2 diatas. Kipas hanya akan berpusing bila engine cukup panas.

Pokleh Ismail said...

Assalam boss f@ll@wmybeat sori nk ty eh. Knp saga flx say lampu xnyala sebelah kanan. Tukar mentol pun still xnyala juga. Apa punca eh. Relay ke? Sy cek fius semua ok.. pening arr..

F@ll@wMyBeaT said...

To Pokleh Ismail: Wa alaykumu as-salam, Check segala posibility guna voltage meter. Dari mentol, tempat penyambungan mentol, relay dan fius.

Mr. G said...

Saga FL tak boleh masuk gear p..keras. stop sampai R. Boleh tahu masalah apa?

Unknown said...

salam,saga flx saya ada bunyi beep apabila tekan barke,dan singal kanan berklip cepat,apa masalah tu?

Logan said...

Hi, saga flx saya masalah bunyi gegar d bahagian dashboard sebelah driver. Tolong info pasal ni.... Tq

F@ll@wMyBeaT said...

To Mr. G : Kemungkinan cable ada problem.. cuba check di Proton SC.

To Unknown : bunyi beep? kereta baru ke?? untuk masalah signal kemungkinan ada mentol yang rosak/tidak berkelip ketika signal.

To Logan : Kemungkinan engin mounting problem atau ada masalah lain.. sila check di Proton SC.

Unknown said...

Assalamualaikum, nak tanya,

1. klu nk lock kereta guna remote, bunyi alarm ada, tapi pintu x lock, kene lock manual guna kunci, klu unlick ok plak,

2. Washerpump motor, utk air wiper, x function, air x kluar, ada pakai relay @ fius? Klu ada apa nama nya relay tu.

Unknown said...

Salam tuan nak Tanya saya punya kipas radiator Tak pusing bila angkat sikit wyer yg bersambung kipas pusing tapi bila kereta berenti Kat traffic light kipas mati Dan temp Naik adakah sebab relay atau motor kipas tuan atau Ada masaalah lain .minta pencerahan tuan

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown : 1 pintu atau kesemua pintu? Kemungkinan motor dlm pintu driver rosak atau main board alarm ada rosak.. try check kt Proton SC. Untuk wiper mungkin tersumbat atau motor rosak.

To Unknown : Kemungkinan rosak kepada wiring kipas atau relay(baca post² diatas).

F@ll@wMyBeaT said...

To Mijie : Boleh jadi butang hazard or relay signal.. try la check kedua²nya..

colourfull said...

Salam Tuan, nak tanya pasal saga flx saya, bila on ignition ke 2, lampu gear menyala, meter maksimum dan kipas radiator berpusing laju, dah hantar proton service, mereka tak dapat detect walau guna komputer, bila on enjin, masalah diatas masih ada, kalau jalan seolah dalam keadaan gear 2

F@ll@wMyBeaT said...

To colourfull : Wslam, nampak mcm masalah pada sistem/komputer.. hantar ke proton service center yang lain atau ke proton shah alam..

Unknown said...

Bos kalau pasang aircond lampu kt panel aircond tu jd malap kenape ye?adakah sebab bateri weak atau masalah fius/relay?saga flx

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown : Jika malap, biarkan sahaja. Asalkan tidak menggangu prestasi kereta.. Jangan diusik nanti problem lain menjelma plak..

ibnuins said...

Bos, kereta saya saga flx cvt auto 2012, problem kereta saya, dlm perjalanan bila perlahan d bulatan / simpang, tekan pedal minyak, kereta x gerak walhal gear D dan indicator check cvt tu bernyala; sy kembali gear ke P, off enjin, start balik dpt gerak spt biasa... Dah hantar ke sc 2 hr diorg test drive, problem x klua, tetiba kol ada masalah pulley tp x confirm... Mohon nasihat

ibnuins said...

Btw sy dah tukar minyak cvt 2 kali

F@ll@wMyBeaT said...

To ibnuins : tukar minyak CVT tu kat mana? Berapa liter minyak masuk dalam gearbox? Apa brand & type minyak CVT yang digunakan??

Unknown said...

Bos, saya punya kereta saga flx 2013,bulan 9 thun 2019 saya buat pemasangan audio tepi.. selepas 2 bulan kereta saya buat hal contoh, bila dalam perjalanan waktu malam bila saya on lampu dalam 10min jalan mesti kereta terus control brgerak prlahan bile tekan pedal minyak pun tetap gitu slow jalan nya,bile tutup lampu trus boleh jalan macam biase, cek komputer kate pedal sensor problem tpi tetap masalah yg sama, on kunci lampu blakang belah knan hidup je walaupun tak on lampu..

Unknown said...

Saya nak tanya, sebelum ni kipas tak berhenti, tapi sekarang ni kipas tak berjalan langsung, kereta saga FLX. Boleh saya tahu kenapa jadi cam tu?

Unknown said...

saya baru kena hari tue..suis problem

Unknown said...

Assalamualaikum tuan,maaf bertanya,kalau tukar relay dah, cek voltan dah, tukar fius dah. Tapi still signal dua2 mati. Hazard pulak nyawa2 ikan. Macam Mana ya tuan, terima kasih

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown(25/01/2020) : Mcm ada problem dengan power/bateri/alternator. Hantar kat Proton SC minta mereka check & update software.

To Unknown(10/02/2020) : Kemungkinan relay/fuis/kipas rosak. Check ketiga-tiga item tu.

To Unknown(27/02/2020) : Test semula relay dan fuis. Kekadang suis hazard jadi punca sebab suis hazard dalam tu ada board electronic(xtaw tujuannya) so ia bukan suis biasa.

Nana Hata said...

Hai, saya nak tanya persoalan tentang kereta saya saga flx(auto). Kereta pernah overhead skli,tapi dah anta repair .. Lepas sbulan dr anta repair tu, temperture naik 1 bar,saga standard 3bar mean jd 4bar.. Bila sy try cr mana punca n try buka aircond,tgk kipas dia dh tk bpusing. Esoknya saya gi kedai yg sama sy anta repair tu, dia kata hanya relay,sy tuka relay baru .. Ptg lepas tuka relay tu, dia meragam lagi, naik temperature 2 bar means jdi 5bar.. Cek2 balik tgok kipas aircond dh tk pusing lg..Apa punya nya tu ya? N masa yang sama bila bwk kreta tu, ada bunyi"ketak ketak" di bahagia depan.. Bunyi mcm tin panas berdenting .. Selang 5-10min dia bunyi.. Mase brhnti enjin dlm keadaan hdup pn dia brbunyi.

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown : Puncanya adalah kipas tidak berfungsi. Sila check kipas & relay. Mesti salah satu daripada tu rosak. Sila gantikan relay sebijik seperti asal(lihat gambar diatas).

Unknown said...

ptg tuan..signal light dua2 tak berfungsi dan hazard signal pun sama..dah tukar fius, relay, hazard switch dan signal switch semua dah tukar baru tp signal light dan double signal masih tidak berfungsi..apa masalah nya ka? tp kalau kita tutup alarm menyala jg sinal light tp bila pakai utk bg signal dan double signal tak bole pulak

Unknown said...

Tuan mau tnyan.untuk pnutup kutak fius 2.ad jual ka.pnutupnya saja

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown : Sorry lewat balas. Relay dibawah steering dah tukar ke??

To Unknown : Saya tidak menjual barang. Tq

Saga said...

Tuan,kereta saya saga blm,lampu brek belakang tiga-tiga tidak menyala.kalau lampu malam ada pulak.brek je takde

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown : Try check relay,fius dan mentol. Jika ada terbakar/rosak sila ganti.

Aila said...

Lampu gear kereta saga fl sy kejap kluar kejap hilang. Since warranty da lama habis sy tukar minyak gear cvt & filter gear oil di bengkel biasa. After a few days timbul lg masalah yg sama. This time sy tgk gear tu bertukar sendiri drpd D ke S bila sy drive & lampu gear tu asyik menyala dgn lebih kerap. Adakah gearbox sy rosak? Berapa anggaran utk betulkan.

F@ll@wMyBeaT said...

To Aila : Ni la masalah yang pernah saya hadapi bila tukar minyak CVT di kedai biasa. Perlu dilihat berapa liter dimasukkan? Untuk saga FLX adalah 4 Liter & perlu reset ECU. Jika jumlah mintak dimasukkan lebih dari tu, memang masalah akan timbul. Jika baru sahaja berlaku maka gearbox masih belum rosak & masih boleh diselamatkan. Sila tukar minyak CVT semula di Proton Service Center. Kosnya dianggarkan RM700-RM800. Ni dikira lebih murah berbanding dengan tukar gearbox.

F@ll@wMyBeaT said...

To Aila : Lampu gear jugak boleh menyala sekiranya mentol break tengah terbakar.

Noah said...

Salam boss..nk tnye..sga BLM lampu eenjin xmnyla n kereta xleh hdup..cek fuse ecu ok..da try swap relay engine cntrol a n b still sme jgk..lmpu lain smue mnyala kcuali engine light..signal jgk xbfungsi..ad kah mslah bkaitn ecu..tok mklumat owner bru tlr btry sbulan..

bb said...

Hi, kereta saya Proton Saga FLX 2013 SV. Lepas tukar cooling coil dan expansion valve akhir tahun 2019, sekarang masalahnya : Bila ON AC, ia sejuk beberapa minit, lepas itu panas (compressor stop). Kena switch ON and OFF, sejuk lagi, jadi panas... blower angin tiada masalah.

Saya DIY check nampak compressor ok (tiada bunyi bising, tiada oil leak, magnetic clutch ada engage, belt ok), conndenser paip masuk dan keluar - temperature pun ada beza, paip keluar dari expansion valve balik ke compressor pun ada sejuk...semua nampak elok.

Saya syaki ini masalah thermistor (cooling coil temperature sensor), saya cabut dahulu battery cable, lepas itu cabut connector sensor ini dan ukur pakai multimeter, ia tunjuk 1.96k Ohm.

Soalan:
1. Adakah ini masalah cooling coil temperature sensor ?
2. Jika betul, berapa kos semua buat di workshop ? Mesti buka semua dashboard atau tak perlu ?
3. Untuk jimat, bolehkah DIY tukar sensor ini tanpa buka dashboard ?- sebab takut labor terlalu mahal. (kalau boleh, cabut keluar saja sensor dan insert yang baru)
4. Macam mana tahu kalau ini mungkin masalah Thermo amp control module?

Terima Kasih banyak.

Pengumpul duit lama said...

Apa itu fius comp 15A ada itu fius acc dab mana letak fius bat

Pengumpul duit lama said...

Apakah 15A comp tu fius acc dan mana letak fius bateri? harap di bantu ya

F@ll@wMyBeaT said...

To Noah : Kemungkinan ada problem dengan kabel(lupa nama).. Sorry.. lebih elok rujuk Proton SC.

To bb : Kipas radiator berfungsi tak? Ada isi gas aircond tak? Gas yang bersesuaian system aircond? Gas lebih/kurang pon akan ada masalah. Untuk DIY, no idea.. Cadangan saya bawa ke pakar aircond terdekat contoh: https://www.azbicentre.com.my/ .. ada yang mengadu harga cekik darah tapi hasil memuaskan. Survey harga dulu.

To Pengumpul duit lama : 15A/20A/30A ke semua check pada diagram kotak fius/dashboard. fius bateri bersebelahan bateri.

F@ll@wMyBeaT said...

To Noah : Check laman ni.. https://serbamaneka.blogspot.com/2015/04/periksa-crank-position-sensor-proton.html

F@r_R0cK said...

Assalamualaikum, keta saya secara tiba2 mengeluarkan bunyi pitch tinggi Dan hazard light mental. Bila berhentikan enjin Dan start semula xbole. Saya tarik fuse Dr lock n pasang semula dam kereta Tu bole jalan. Tp Akan secara tiba2 hazard light menyala semula Dan bunyi horn berbunyi tanpa Di tekan. Bole taubx APA puncanya

Din said...

Salam boss.. nak tanya tempat buang minyak gear box bolt dia Mana satu..
Tempat isi minyak gear box seperti yg boss nyatakan tu ke
Sy pakai keta saga vvt manual

F@ll@wMyBeaT said...

To F@r_R0cK said : Sila hantar ke Proton SC.

To Din : Kat bawah gear box.

Unknown said...

Helo bos..klu reverse sensor tak bunyi tp lmpu reverse nyala..bnde ape bleh cek dlu

F@ll@wMyBeaT said...

To Unknown : Check relay, buzzer & wiring. Harap membantu.

To cibit : Relay ade 2 jenis, yg berat & ringan.. yg berat tu lebih sesuai dengan fan radiator sebab boleh tahan panas tp mahal sikit & pastikan relay tu sama diagram dengan contoh gambar yang saya sediakan. Check kat shopee/lazada Brand Bosch(30a 12v 5pin) or SPEKTRON warna hijau.

Unknown said...

Assalamualaikum bang.. saga flx sy klu sdh berenti lepas tu nk start balik xboleh start.. mcm kosong.. lampu kt meter pn xmnyala.. bunnyi2 pn xda.. knapa ya.. pening.. kna tgu 10 20 mnit bru blh start.. pening

norfazira wahid said...

Nak tanya, kenapa kipas radiator x pusing kalau aircond d off? Kereta saga flx

F@ll@wMyBeaT said...

To norfazira wahid: Kipas radiator hanya berpusing bila ada keperluan. Contohnya jika panas melebihi had yang ditetapkan dia berpusing walaupun engine telah dimatikan.

Amir said...

Salam tuan,nak tnya untuk saga flx,jika meter semua hidup tapi bila pulas kunci kosong dan tak hidup,masalah relay starter ke?terima kasih

F@ll@wMyBeaT said...

To Amir: Berkemungkinan masalah pada immobilizer chip dalam kunci atau starter motor atau sensor; Untuk maklumat lanjut, sila bawa ke SC berdekatan.

Reeko said...

Salam tuan, saga vvt boleh saya tahu dimana kedudukan temperature sensor, engine overheat. Dah tukar radiator relay dan radiator fan. Saya suspect temperature sensor. Tapi saya tak tahu dimana lokasi nya.

F@ll@wMyBeaT said...

To Reeko: Wsalam, Sy memahami masalah tuan, harap semak semula dari no.1
1. Re-check Relay baru rosak atau tidak dan pastikan menggunakan relay diagram yang sama seperti saya share.
2. Ratio bancuhan Coolant mengikut spesifikasi asal.
3. Semak kondisi Thermostat dan saya sarankan untuk tukar jika kereta ada tanda2 overheating.
4. Pernah tukar water pump? Disarankan tukar setiap 100,000 KM atau ketika tukar timing belt(jimat kos upah).
5. Minyak engine mencukupi?
6. Sensor Coolant Temperature jarang rosak untuk kereta2 proton. Lokasinya seperti di video ni: https://youtu.be/1fXMTzRHzCw?si=8AuLstncNlTwVEGZ
7. Yang last paling PENTING!! Check dulu error code dari ECU. Jika sensor2 dalam kereta rosak pastinya ada error code.

Harap membantu.

Reeko said...

Terima kasih atas nasihat tuan. Pertama sekali saya akan flushing radiator dan tukar thermostat sekali dan masukan coolant yang baru.
Saya sangat pasti bahawa relay yang saya gunakan adalah yang original.
Memang dari rekod maintenance kereta saya sudah waktu nya tukar timing belt termasuk water pump sekali.
Jika kereta masih over heating saya akan tukar temperature sensor nya.
Semoga saya dapat menyelesaikan masalah over heating kereta saya ini.