**Sila ambil perhatian, Waranty akan terbatal jika tidak services di Proton Center
Ikot technician saya, PROTON ini memang menyusahkan mereka yang hendak service kenderaan ditempat selain dari proton service center.
Jadual Harga Maintenance/Service Kereta Proton Saga FLX 2019
Harga Item yang tiada dalam list:
- Water Pump (recommended tukar semasa ganti timing belt) : RM235-RM250
- Seal Cam Rocker Cover (leaking minyak enjin belah atas) : RM50-RM60
- Engine Mounting (tukar mounting sebelah steering jika steering gegar kuat) : RM175-RM185 (1 unit)
Panduan Pelincir didalam Buku Manual Proton Saga FLX
GearBox
Gambar dibawah ini lokasi untuk menuang minyak gear box.. kedudukannya tersorok sedikit dibawah air filter. Tempat mengeluarkan minyak gear box adalah ditempat biasa iaitu dibawahnya..
**Gearbox oil hanya 4 liter dimasukkan oleh PROTON bukan 5 liter seperti yang dinyatakan dalam brochure maintenance. Bila masuk 5 liter jarak perjalanan akan kurang dari 300KM(full tank).. Bila 4 liter boleh capai 350KM(full tank) so perbezaaan lebih kurang 100KM.
RELAY DIAGRAM
Relay 20A 12v
Boleh di beli kat Jalan Pasar dengan harga RM9.50
Relay Kipas Radiator 30A
Boleh di beli kat Jalan Pasar dengan harga RM5.00 - RM17.00.
Kedudukkannya tersorok dibawah kotak fuse.. Ada 3 relay didalamnya.. yang ditengah itu digantikan kerana kipas radiator bergerak tanpa henti selepas engin dimatikan.
Relay ni RM5.00 je kat jalan pasar.. kalo tukar kat wireman.. dia charge RM45.. siott je..
Relay 3-Pin Turn Signal/Hazard Flasher 12V
Boleh di beli kat Jalan Pasar dengan harga RM20.00.
Boleh di beli kat Jalan Pasar dengan harga RM20.00.
Kedudukkan relay ini adalah di dalam dashboard sebab tu kita dapat dengar bunyi tick tok semasa ON hazard light atau signal kiri/kanan.
Jika relay ini rosak, signal dan hazard light tidak akan berfungsi atau signal/hazard light menyala tanpa berkelip.
Bila baca kat blog lain, ada yang kata masalah suiz hazard/signal. Pendapat saya, try tukar relay ini dulu atau ketuk ketuk sikit relay ini pastu pasang semula.
Remote Kereta Proton Saga FLX
Kenali komponen dalam remote anda:
Remote Kereta Proton Saga FLX
Kenali komponen dalam remote anda:
Kos menukar komponen :
1. Bateri : RM 5.50
2. Papan litar siap diprogramkan : RM 42.00
3. Transponder : -
Bateri NS60 Kereta Saga FLX
Dicadangkan menggunakan jenama AMARON GO(RM190)/HIGH/PRO. Bateri ini jenis dry cell dan kualitinya amat memuaskan serta warranty (18-24 bulan). Buatan negara India. Bagi kereta Saga FLX yang standard boleh guna GO, jika ada modify kereta(sound system/lighting/etc..) boleh memilih HIGH/PRO.
Aircond Kereta Saga FLX(Sanden)
Berat Refrigerant mengikut buku manual adalah 550-600g (rujuk Buku Manual Proton Saga FLX di atas)
Compressor yang digunakan jenis fixed displacement
Jenis gas adalah R134a
Ambient Temperature pada tahun 2024 di Malaysia adalah 30-35 celcius
Bagi mereka yang mengisi gas menggunakan Manifold Gauge, jangkaan saya adalah isi penuh adalah:
Low Pressure(LP) : 3.0 - 3.5 bar
High Pressure(HP) : 16.0 - 24.0 bar
Tips terbaik adalah
1. Menggunakan temperature meter dan diletakkan dalam corong tengah
2. Isi gas Low Pressure 2.0 bar & biarkan idle 5 minit & catitkan suhu aircond
3. Tambahkan gas 0.2 bar(jadi 2.2 bar) & biarkan idle 5 minit & catitkan suhu aircond
4. Ulang langkah 4 sehingga suhu menurun ke tahap paling rendah & berhenti tambah gas jika suhu tidak turun lagi. Maksudnya itu adalah suhu terendah untuk kereta tersebut.
5. AWAS pastikan Low Pressure tidak melebihi 3.5 bar
Buat masa ini.. tu jelah yang saya dapat bantu..
**Update 15/04/2024
Read more?