Abah pergi jumpa kawan-kawan baya Abah. Datang seorang anak muda. Berceramah tentang keindahan syurga dan azab neraka. Selepas dia habis berceramah, Abah angkat tangan dan tanya, “Kau beriya-iya cerita pasal syurga dan neraka ni kenapa? Kau baru balik dari sana, ke?”
Abah tambah, “Bukanlah salah kau nak bercerita pasal agama. Pasal syurga dan neraka. Tapi kau bayangkanlah. Kami ni dah dengar cerita tu beratus-ratus kali sejak kecik lagi. Dah habih pulun dah! Kau tu masih muda. Apalah salahnya kalau kau bagi ceramah tentang hal-hal yang boleh membuatkan manusia berfikir. Sebagai contoh, aplikasi dari Surah Al-Fiil. Bagaimana kita boleh aplikasi dan sesuaikan peristiwa tentera bergajah dan burung-burung Ababil dengan dunia kita hari ni. Janganlah jumud sangat. Islam bukan takat nak cerita syurga neraka aje. Islam tu kan luas. Cerita-cerita zaman dulu yang disampaikan kepada kita, nak buat kita berfikir. Yang penting untuk kita zaman sekarang ni, macam mana kita nak majukan diri, bangsa dan negara. Kalau dari dulu dok bertumpu cerita tang tu aja, tak dak inisiatif nak berfikir lebih dari apa yang disampaikan dan cuba pahamkan maksud di sebalik cerita tu, sampai la fikiran kita tak berkembang!”
Sekian cerita Abah.
0 comments:
Post a Comment