Showing posts with label Aircond. Show all posts
Showing posts with label Aircond. Show all posts
4:30 pm

Mengapa perlu service aircond kereta?

Sistem aircond kereta anda bekerja dalam keadaan yang sangat panas dan sangat tinggi tekanannya. 

 

Untuk pengetahuan anda terdapat minyak berada di dalam compressor aircond kereta anda yang bertugas sebagai pelincir.

 

Minyak compressor aircond tersebut perlulah ditukar atau di servis agar aircond kereta anda kekal sejuk lancar tahan lama dan tidak mudah untuk rosak. Jika tidak kos untuk baiki aircond kereta anda menelan belanja yang besar. Servis aircond kereta amat disarankan sebelum masalah besar berlaku.

 

Saya telah menggunakan kereta tanpa service sistem aircond selama 13 tahun dan ia tetap berfungsi seperti biasa tanpa ada apa-apa masalah. Namun begitu, atas kecuaian sendiri cooling coil telah bocor.

 

Setelah itu, saya telah mengantikan cooling coil serta membuat full service RM1400++.

 

Full Service;

  1. tukar FILTER DRIER
  2. tukar EXPANSION VALVE 
  3. tukar CABIN AIR FILTER
  4. tukar GAS BARU
  5. tukar OIL COMPRESSOR (Flushing)
  6. buka Dashboard (mengikut model kereta)
  7. cuci COOLING COIL & CONDENSER (guna chemical)
  8. CHECK BOCOR!

 

SILA PASTIKAN KEDAI MENGGUNAKAN MESIN AIR CONDITIONER CLEANING & AUTO REFRIGERANT RECOVERY UNTUK KERJA-KERJA FLUSHING DAN MASUK GAS.

 

Jangan pergi ke kedai yang masih menggunakan Manifold Gauge Gas Meter kerana mereka akan masukkan gas secara anggaran sahaja bukan mengikut spesifikasi aircond compressor.

 

Gas Aircond tidak akan berkurangan jika tiada kebocoran. Akan tetapi jika kereta telah melebihi 10 tahun namun tidak pernah menukar gas dan aircond kurang sejuk. Digalakkan membuat flushing dan tukar DRYER. Jangan pergi tambah gas sebabnya tidak berbaloi harganya.

 

Berikut adalah kuantiti minyak compressor yang perlu dimasukkan:

  1. Proton Saga BLM/FL/FLX/SV 110mL
  2. Proton Wira 100mL
  3. Proton Wira 120mL
  4. Proton Saga Aeroback 110mL
  5. Perodua Myvi Lama 70mL
  6. Perodua Myvi Lagi Best 80mL
  7. Perodua Myvi face-lift 90mL
  8. Perodua Kelisa 80mL
  9. Perodua Viva 70mL
  10. Perodua Kancil 90mL
  11. Perodua Alza Baru 120mL
  12. Toyota Camry 100mL

 

Owner kereta perlu ALERT kepada jumlah minyak yang dimasukkan kerana

 

1. Jika kurang minyak keseluruhan sistem lumpuh, minyak menjadi hitam dan perlu mengantikan keseluruhan sistem aircond termasuklah compressor. Kalau bernasib baik, hanya perlu flushing sahaja.

 

2. Jika terlebih minyak, hanya aircond kurang sejuk dan boleh membuat flushing semula untuk membetulkan kuantiti minyak.

 

Kebiasaan technician aircond akan argue dengan owner berkenaan kuantiti minyak kerana mereka lebih prefer kuantiti rendah dari spesifikasi asal. Kenapa? Kelajuan(RPM) putaran compressor perlahan tetapi compressor bekerja dengan performance tinggi menyebabkan lebih cepat sejuk tapi mengurangkan jangka hayat compressor. 

 

Dia peduli apa barang cepat rosak...


Sekiranya ada kemampuan, digalakkan membuat flushing setiap 80k atau 3 tahun sekali. 


Alhamdulillah, kereta saya sejuk walaupun panas terik.

 

Harap perkongsian ini membantu.
 


Read more?
7:37 pm

Masalah dan solution Proton Saga FLX

**Sila ambil perhatian, Waranty akan terbatal jika tidak services di Proton Center


Ikot technician saya, PROTON ini memang menyusahkan mereka yang hendak service kenderaan ditempat selain dari proton service center.

Jadual Harga Maintenance/Service Kereta Proton Saga FLX 2019




Harga Item yang tiada dalam list:

  1. Water Pump (recommended tukar semasa ganti timing belt) : RM235-RM250
  2. Seal Cam Rocker Cover (leaking minyak enjin belah atas) : RM50-RM60
  3. Engine Mounting (tukar mounting sebelah steering jika steering gegar kuat) : RM175-RM185 (1 unit)


Panduan Pelincir didalam Buku Manual Proton Saga FLX






GearBox
Gambar dibawah ini lokasi untuk menuang minyak gear box.. kedudukannya tersorok sedikit dibawah air filter. Tempat mengeluarkan minyak gear box adalah ditempat biasa iaitu dibawahnya..





**Gearbox oil hanya 4 liter dimasukkan oleh PROTON bukan 5 liter seperti yang dinyatakan dalam brochure maintenance. Bila masuk 5 liter jarak perjalanan akan kurang dari 300KM(full tank).. Bila 4 liter boleh capai 350KM(full tank) so perbezaaan lebih kurang 100KM.



RELAY DIAGRAM







Relay 20A 12v

Boleh di beli kat Jalan Pasar dengan harga RM9.50





Relay Kipas Radiator 30A

Boleh di beli kat Jalan Pasar dengan harga RM5.00 - RM17.00.

Kedudukkannya tersorok dibawah kotak fuse.. Ada 3 relay didalamnya.. yang ditengah itu digantikan kerana kipas radiator bergerak tanpa henti selepas engin dimatikan.





Relay ni RM5.00 je kat jalan pasar.. kalo tukar kat wireman.. dia charge RM45.. siott je.. 


Relay 3-Pin Turn Signal/Hazard Flasher 12V

Boleh di beli kat Jalan Pasar dengan harga RM20.00.

Kedudukkan relay ini adalah di dalam dashboard sebab tu kita dapat dengar bunyi tick tok semasa ON hazard light atau signal kiri/kanan.

Terdapat beberapa relay berada dibelakang petak merah ini. Rupa relay Hazard/Signal adalah seperti gambar dibawah ini. Cara membuka/menanggalkan relay ini ada 2 cara iaitu membuka cover plastic dibawah steering atau baring kat bawah dashboard(agak menyakitkan badan.. buat warmUp dulu sebelum mencuba).




Jika relay ini rosak, signal dan hazard light tidak akan berfungsi atau signal/hazard light menyala tanpa berkelip.

Bila baca kat blog lain, ada yang kata masalah suiz hazard/signal. Pendapat saya, try tukar relay ini dulu atau ketuk ketuk sikit relay ini pastu pasang semula.

Remote Kereta Proton Saga FLX

Kenali komponen dalam remote anda:


Kos menukar komponen :

1. Bateri : RM 5.50
2. Papan litar siap diprogramkan : RM 42.00
3. Transponder : -


Bateri NS60 Kereta Saga FLX

Dicadangkan menggunakan jenama AMARON GO(RM190)/HIGH/PRO. Bateri ini jenis dry cell dan kualitinya amat memuaskan serta warranty (18-24 bulan). Buatan negara India. Bagi kereta Saga FLX yang standard boleh guna GO, jika ada modify kereta(sound system/lighting/etc..) boleh memilih HIGH/PRO.



Aircond Kereta Saga FLX(Sanden)

Berat Refrigerant mengikut buku manual adalah 550-600g (rujuk Buku Manual Proton Saga FLX di atas)

Compressor yang digunakan jenis fixed displacement

Jenis gas adalah R134a

Ambient Temperature pada tahun 2024 di Malaysia adalah 30-35 celcius

Bagi mereka yang mengisi gas menggunakan Manifold Gauge, jangkaan saya adalah isi penuh adalah:

Low Pressure(LP) : 3.0 - 3.5 bar
High Pressure(HP) : 16.0 - 24.0 bar



 
Tips terbaik adalah 
1. Menggunakan temperature meter dan diletakkan dalam corong tengah
2. Isi gas Low Pressure 2.0 bar & biarkan idle 5 minit & catitkan suhu aircond
3. Tambahkan gas 0.2 bar(jadi 2.2 bar) & biarkan idle 5 minit & catitkan suhu aircond
4. Ulang langkah 4 sehingga suhu menurun ke tahap paling rendah & berhenti tambah gas jika suhu tidak turun lagi. Maksudnya itu adalah suhu terendah untuk kereta tersebut.
5. AWAS pastikan Low Pressure tidak melebihi 3.5 bar

Buat masa ini.. tu jelah yang saya dapat bantu.. 

Masalah yang lain boleh rujuk blog http://serbamaneka.blogspot.com atau https://protonmalaysia.wordpress.com/saga-flx/



**Update 15/04/2024











Read more?