4:30 pm

Mengapa perlu service aircond kereta?

Sistem aircond kereta anda bekerja dalam keadaan yang sangat panas dan sangat tinggi tekanannya. 

 

Untuk pengetahuan anda terdapat minyak berada di dalam compressor aircond kereta anda yang bertugas sebagai pelincir.

 

Minyak compressor aircond tersebut perlulah ditukar atau di servis agar aircond kereta anda kekal sejuk lancar tahan lama dan tidak mudah untuk rosak. Jika tidak kos untuk baiki aircond kereta anda menelan belanja yang besar. Servis aircond kereta amat disarankan sebelum masalah besar berlaku.

 

Saya telah menggunakan kereta tanpa service sistem aircond selama 13 tahun dan ia tetap berfungsi seperti biasa tanpa ada apa-apa masalah. Namun begitu, atas kecuaian sendiri cooling coil telah bocor.

 

Setelah itu, saya telah mengantikan cooling coil serta membuat full service RM1400++.

 

Full Service;

  1. tukar FILTER DRIER
  2. tukar EXPANSION VALVE 
  3. tukar CABIN AIR FILTER
  4. tukar GAS BARU
  5. tukar OIL COMPRESSOR (Flushing)
  6. buka Dashboard (mengikut model kereta)
  7. cuci COOLING COIL & CONDENSER (guna chemical)
  8. CHECK BOCOR!

 

SILA PASTIKAN KEDAI MENGGUNAKAN MESIN AIR CONDITIONER CLEANING & AUTO REFRIGERANT RECOVERY UNTUK KERJA-KERJA FLUSHING DAN MASUK GAS.

 

Jangan pergi ke kedai yang masih menggunakan Manifold Gauge Gas Meter kerana mereka akan masukkan gas secara anggaran sahaja bukan mengikut spesifikasi aircond compressor.

 

Gas Aircond tidak akan berkurangan jika tiada kebocoran. Akan tetapi jika kereta telah melebihi 10 tahun namun tidak pernah menukar gas dan aircond kurang sejuk. Digalakkan membuat flushing dan tukar DRYER. Jangan pergi tambah gas sebabnya tidak berbaloi harganya.

 

Berikut adalah kuantiti minyak compressor yang perlu dimasukkan:

  1. Proton Saga BLM/FL/FLX/SV 110mL
  2. Proton Wira 100mL
  3. Proton Wira 120mL
  4. Proton Saga Aeroback 110mL
  5. Perodua Myvi Lama 70mL
  6. Perodua Myvi Lagi Best 80mL
  7. Perodua Myvi face-lift 90mL
  8. Perodua Kelisa 80mL
  9. Perodua Viva 70mL
  10. Perodua Kancil 90mL
  11. Perodua Alza Baru 120mL
  12. Toyota Camry 100mL

 

Owner kereta perlu ALERT kepada jumlah minyak yang dimasukkan kerana

 

1. Jika kurang minyak keseluruhan sistem lumpuh, minyak menjadi hitam dan perlu mengantikan keseluruhan sistem aircond termasuklah compressor. Kalau bernasib baik, hanya perlu flushing sahaja.

 

2. Jika terlebih minyak, hanya aircond kurang sejuk dan boleh membuat flushing semula untuk membetulkan kuantiti minyak.

 

Kebiasaan technician aircond akan argue dengan owner berkenaan kuantiti minyak kerana mereka lebih prefer kuantiti rendah dari spesifikasi asal. Kenapa? Kelajuan(RPM) putaran compressor perlahan tetapi compressor bekerja dengan performance tinggi menyebabkan lebih cepat sejuk tapi mengurangkan jangka hayat compressor. 

 

Dia peduli apa barang cepat rosak...


Sekiranya ada kemampuan, digalakkan membuat flushing setiap 80k atau 3 tahun sekali. 


Alhamdulillah, kereta saya sejuk walaupun panas terik.

 

Harap perkongsian ini membantu.
 


Read more?